Monday 4 September 2017

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Tema dan Persoalan





Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Tema dan Persoalan



Tema

Keberanian dan keperwiraan anak muda yang bernama Adnan bin Saidi dalam usaha untuk mempertahankan negara ini daripada dijajah oleh orang asing.

Persoalan



1. Persoalan harapan seorang ayah terhadap anaknya.

Contoh: Ayah Leftenan Adnan iaitu Pak Saidi mempunyai harapan tinggi untuknya agar dapat menjadi askar dan mempertahankan kedaulatan negara.

2. Persoalan semangat cinta akan negara

Contoh: Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi berjuang mempertahankan tanah air.

3. Persoalan pengorbanan seorang isteri

 Contoh: Isteri Leftenan Adanan iaitu Sophia sanggup berkorban berpisah dengan suaminya dan menjaga anak-anak.

4. Persoalan pandangan jauh seorang ketua keluarga.

Contoh: Ayah Leftenan Adnan iaitu Pak Saidi menyekolahkan Leftenan Adnan di sekolah Inggeris walaupun anak-anak Melayu lain bersekolah pondok.

5. Persoalan kebijaksanaan menggunakan taktik dalam peperangan.

Contoh:  Leftenan Adnan bijak membaca helah tentera Jepun walaupun tentera Jepun menyamar sebagai askar India dengan memakai turban ketika cuba menyerang askar Melayu.




0 comments:

Post a Comment